Salam, semua!

Selamat datang ke laman Hani Plays, di mana Hani akan meraban tentang games di sini. Diharapkan semua konten dalam laman ni dapat hiburkan korang. Kalau ada nak rekomen game, boleh usulkan ke ruangan Maklum Balas atau pergi je ke Mastodon atau Twitter Hani untuk bersembang kat sana.

Segala penambah-baikan juga digalakkan agar dapat kesenangan kita bersama.

Sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang sedang membesar sihat dan kuat, masa untuk Hani bermain game adalah terhad. Selalunya, bila waktu anak sudah tidur itulah waktu bermain game. Namun, Hani juga terpaksa membahagikan masa sebaiknya untuk waktu-waktu membaca, menonton siri, rehat, dan sebagainya agar hidup ini seimbang dalam segala sudut dan sisi.

Jadi, janganlah pelik jika ada waktu, Hani balun main game sepanjang malam. Atau mungkin Hani menghilang hampir seminggu tanpa berita. Semenjak ada Kiddo, tanggungjawab menjaganya adalah prioriti utama yang Hani kena buat. Tak ada lagi rasa untuk pentingkan diri demi menghabiskan sebuah game (walaupun kadang tu, rasa membuak sangat nak balun game).

Jadi, doakanlah yang baik-baik untuk kami.

Jika anda seronok membaca nukilan Hani di sini, Hani harap Hani mampu untuk memberikan yang terbaik untuk hiburkan korang, walaupun bukan semua. Ambil mana yang manfaat, yang tidak tu tegur-tegurlah.

Teruskan membaca meraban Hani tentang game di ruangan Posto! Atau skrol di bawah untuk senarai post yang pernah diterbitkan di Hani Plays.

-hani-


Sneak Peek!

Mei-Lantun

Perjalanan bulan Mei dimulakan dengan pengumuman Aidilfitri yang awal sehari, buatkan ramai orang kalut teruk! Nasib aku tak kalut, aku rileks je sebab aku memang jenis malas nak sambut raya tapi sebabkan dah ada family, anak especially, aku terpaksa korbankan kemalasan aku untuk sambut jugak raya. Habis je raya, jadual bulanan aku diakhiri dengan kalut…

Pulun April

Sepanjang April berpuasa, tak rasa langsung penat atau lapar. Jadual harian pun aku ubah sikit, kononnya taknak bagi penat, tapi rileks sangat la puasa tahun ni. Aku bangun sahur, kemudian buat Subuh, tidur balik, pastu bangun dalam pukul 11 dan buat aktiviti macam biasa, lepas siap Asar aku terus masak pastu tunggu berbuka. Seriously, aku…

Derita March

Sedar tak sedar, suku pertama tahun ni dah pun habis berlalu. Gitu je. Tak tunggu apa dah. Aku nak kena get ready dengan kerja yang bakal menimbun masuk sepanjang bulan ni dan bulan depan, biasalah peak season kerja masuk untuk aku selalu gitulah. Which is alhamdulillah la, boleh dapat payment, bayar segala macam bil, beli…

Design a site like this with WordPress.com
Get started